Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 5 November 2024 dan berterusan sehingga Mac 2025. Dalam tempoh ini, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku.Semasa fasa awal MTL dari November hingga Disember 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Manakala pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku episod hujan lebat adalah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Sumber : MET Malaysia